Samsung Galaxy A03s baru sahaja dilancarkan di India yang merupakan sebuah peranti kelas permulaan terbaru bagi barisan siri Galaxy A. Sebelum ini sudahpun tertiris maklumat model ini pada konsol Google Play dan dilihat spesifikasinya sama seperti yang dipaparkan.

Galaxy A03s dilengkapi dengan skrin 6.5 inci IPS LCD serta dijana dengan cip Mediatek Helio P35. Sokongan memori sehingga 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 64GB antara yang tersedia. Storan dalaman tersebut boleh ditambah sehingga 1TB menerusi ruang kad mikro SD. Bateri berkapasiti 5,000 mAh antara yang ditawarkan dengan sokongan pengecasan 15W.

vocket-tech-news-a03s-3
Sumber Gambar: GSMarena

Kamera utama hadir dengan 13MP sudut lebar dan 2MP makro. Ditambah dengan kamera selfie sebesar 5MP yang diletakkan pada notch kecil di bahagian hadapan. Pengimbas jari turut disertakan pada butang kuasa belah kanan peranti.

Dari segi sistem operasi pula, bakal hadir dengan Android 11 berserta pelancar One UI 3.1 Core. Harga penawaran bagi model ini bermula serendah ₹11,499 (~RM655) untuk 3/32GB dan ₹12,499 (~RM712) untuk 4/64GB dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru.

Selain itu, anda juga boleh membaca penjelasan berkenaan model Samsung Galaxy A32 yang mampu milik dan serba lengkap bagi penggunaan seharian.

Samsung Galaxy A32, Telefon Pintar Mampu Milik Melengkapi Kesemua Ciri Asas Pengguna

Samsung Galaxy A72, Model Telefon Pintar Serba Lengkap Dengan Ciri ‘Flagship’

Sumber